Thursday, April 23, 2009

Reese, Jake luang masa bersama di gurun

Reese Witherspoon

PASANGAN Hollywood, Reese Witherspoon dan Jake Gyllenhaal dikatakan telah menghabiskan hujung minggu mereka di sebuah gurun dalam suasana yang cukup intim.

Kedua-dua mereka, ketika itu, bersarapan pagi di restoran Twenty 6, La Quinta Resort & Club, La Quinta, Calif dan seterusnya beristirahat di tepi kolam renang.

Jake Gyllenhaal

"Reese nampak comel dengan bertopi dan memakai bikini," kata sumber.

"Dia berada dalam mood terbaik dan kerap berbual-bual dengan Jake sambil meneguk `pina colada'," tambah sumber tersebut.

Pada sebelah petang, pasangan tersebut menghadiri Festival Muzik& Seni Coachella Valley. Witherspoon dilihat mesra di sisi Gyllenhaal semasa persembahan Jenny Lewis.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: