![]() |
| SUNDARAJ |
![]() |
| AMIR HUSSAIN |
![]() |
| SAN KHAING |
KUALA LUMPUR - Tiga rakyat asing yang dibebaskan dari Kem Kamunting di Taiping semalam diserahkan kepada imigresen untuk proses pengusiran.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mahmood Adam berkata, pihaknya akan menjalankan proses dokumentasi terhadap ketiga-tiga lelaki tersebut sebelum mereka dihantar pulang ke negara masing-masing.
"Ketiga-tiga lelaki yang dibebaskan itu kini ditempatkan sementara di Depoh Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Langkap, Teluk Intan.
"Kita bagaimanapun tidak dapat memastikan berapa lama tempoh masa yang diambil untuk proses tersebut kerana ia bergantung kepada jenis kesalahan masing-masing, kerakyatan mana serta dokumen yang dipegang,'' katanya ketika dihubungi semalam.
Mereka yang dibebaskan ialah dua warga Myanmar iaitu Amir Hussain, 54, dan San Khaing, 35, manakala seorang lagi warga India, Sundaraj Vijay @ Hussein, 30.
Ketiga-tiga rakyat asing itu ditahan sejak tahun 2007 kerana terlibat dalam satu sindiket sama berkaitan pemalsuan dokumen perjalanan dan penyeludupan manusia.
Menurut beliau, selepas diusir keluar, ketiga-tiga bekas tahanan ISA itu akan disenaraihitamkan daripada memasuki semula ke negara ini


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: