
“Saya bersyukur tapi rasa macam tak percaya dan menggigil di belakang pentas bila nama diumumkan. Ialah, pencalonan semuanya hebat-hebat belaka, semuanya popular. Saya pun baru sahaja mengumumkan kemenangan selebriti yang lain, tiba-tiba saya pula yang diumumkan menang. Nasib Linda ada, dia tenangkan keadaan saya. Gembira tak terkata bila buat pertama kalinya mendapat pengiktirafan seperti ini. Mungkin ini rezeki saya dan keluarga.
“Sebenarnya saya tak menaruh harapan akan memenangi anugerah tersebut. Jika tak menang pun dah memadai jika tercalon. Sebagai aktor, saya telah lakukan kerja sebaik mungkin. Itulah perkara terpenting yang saya pegang sehingga kini,” ujar Que yang mengaku pernah menyangka bakal melalui zaman kejatuhan sebaik sahaja mengumumkan bakal mengakhiri zaman bujangnya bersama pereka tari jelita, Linda Jasmine.
Perubahan ‘magik’
Menyentuh tentang Linda, Que menyatakan kandungan isteri kesayangannya itu kini sudah masuk dua bulan.
“Sekarang saya rasa gembira selalu, perasaan pun lebih tenang. Keadaan juga lebih tersusun dan berbunga-bunga rasanya hati. Hari demi hari saya penuhkan dengan kasih sayang buat keluarga dan isteri tercinta.
“Saya rasa bersalah bila tengok Linda kepenatan selepas seharian bekerja sebab itulah saya dah membataskan aktiviti lakonan. Banyak tawaran yang terpaksa ditolak. Buat masa ini saya hanya berlakon di sekitar Kuala Lumpur kerana nak jaga dia.
“Linda pun dah nampak lain. Masa makan dia tak menentu. Dia tak nak makan nasi dan lebih suka makan makanan barat. Dia juga tak boleh bau sesetengah bauan seperti masakan dan cara bercakapnya juga berubah sedikit. Ia nampak menarik dan magik buat saya. Mungkin kerana saya seorang pelakon, saya suka tengok fenomena begini,” ujarnya penuh bahagia.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: