Friday, April 24, 2009

Putus cinta, Lohan bertukar pasangan setiap malam

Lohan bertukar pasangan lelaki setiap malam sejak berpisah dengan pasangan lesbiannya

SELEPAS bosan menjalin hubungan dengan kaum sejenis, aktres Lindsay Lohan kini dikhabarkan bertukar-tukar pasangan setiap malam. Seleranya mula beralih kepada lelaki pula.

Lohan, yang juga bekas kekasih Samantha Ronson, dikatakan semakin liar sejak berpisah dengan Ronson.

Kenalan rapat aktres 'Mean Girls' ini pula berkata, Lohan seperti tidak boleh dikawal sejak putus cinta dengan Ronson dua minggu yang lepas.

Kini dia hanya menghiburkan hatinya dengan melayan lelaki setiap malam.

"Hanya itu saja yang dapat menghiburkan hatinya," kata kawan-kawan rapatnya.

Antara lelaki yang menjadi teman tidurnya ialah bintang '90210' Kellan Lutz, yang kini berada di luar kawasan tetapi tetap meneruskan hubungan dengan Lohan.

Seorang lagi ialah paparazi kelahiran Britain, Chris Jepson.

Lohan dan Jepson dilaporkan tidak dapat berenggang ketika di sebuah parti di Hollywood Hills.

"Mereka juga bermandian bersama dan tidak kelihatan lama selepas itu," kata sumber itu.

Kawan-kawan Lohan amat risau akan keadaan Lohan, tambahan pula kariernya juga turut menurun kini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini:

Post a Comment