Friday, April 17, 2009

Penemuan baru lindungi kelah, temoleh

JELEBU: Dua saintis dari Jabatan Perikanan Malaysia berjaya membuat penemuan baru bagi menyelamatkan dua spesis ikan air tawar tempatan yang kini hampir pupus.

Zulkafli Abd Rashid dan Chew Poh Chiang, yang membuat kajian ke atas ikan Kelah dan Temoleh, berjaya menemui proses untuk membiak benih kedua-dua ikan itu di dalam makmal dan juga cara menyimpan benih selama ratusan tahun dalam balang khas untuk kegunaan di masa depan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Abd Karim, berkata penemuan ini adalah satu cara untuk memastikan ikan-ikan yang dahulunya banyak dan dimakan setiap hari oleh nenek moyang rakyat negara ini, terus kekal sehingga ke generasi akan datang.

"Sekarang harganya (Temoleh) sangat mahal. Kalau pupus, anak cucu kita tidak dapat menikmati ikan ini lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bank Gene di Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar Glemi Lemi di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: