GEORGE TOWN - Rahsia 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) membolosi kawalan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang untuk menaiki pesawat ke luar negara akhirnya terbongkar apabila kesemuanya bersama pegawai Imigresen yang membantu mereka ditangkap di balai berlepas pukul 7 pagi semalam.
Pegawai Imigresen itu dipercayai mengutip suapan RM2,000 daripada setiap pendatang berkenaan untuk meloloskan mereka ke balai berlepas tanpa dokumen perjalanan bagi penerbangan ke Bangladesh dengan pesawat Thai Airways.
Penahanan itu dilakukan selepas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat intipan lebih dua bulan.
Turut ditahan ialah tiga rakyat tempatan yang dipercayai orang tengah bagi membantu pegawai terbabit.
Pengarah SPRM negeri, Latifah Md. Yatim berkata, siasatan mereka belum selesai kerana ada lagi pegawai Imigresen yang disyaki terlibat dan kini diburu.
Katanya, kesemua pendatang berusia antara 20 hingga 40-an diserahkan kepada Jabatan Imigresen manakala pegawai jabatan yang sama dan tiga rakyat tempatan itu masih ditahan SPRM untuk siasatan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: