
“Saya tak akan lupa diri lebih-lebih lagi setelah mendapat penghargaan daripada peminat yang menyokong saya selama ini. Saya tak pernah menyombong diri tak kira dari apa jua segi termasuklah pakaian. Di luar pemakaian saya masih seperti biasa – selamba dengan baju ‘bundle’. Kasut saya pun ada yang terkoyak malah bila nak keluar makan saya hanya pakai selipar.
“Saya akan terus memberikan yang terbaik selagi dihargai ramai. Walaupun nampak mudah sahaja perjalanan seni saya tapi orang tak tahu apa yang dah saya lalui dalam setahun ini,” ujarnya.
Tanggung keluarga
Bercerita lebih lanjut tentang kehidupannya kini, Nabil menyatakan keluarga masih menjadi keutamaan dalam hidupnya. Rezeki yang kian mencurah-curah sejak bergelar anak seni dikongsinya bersama keluarga.
“Alhamdulillah saya sekarang mampu untuk menyara keluarga. Sedikit sebanyak beban yang ditanggung mereka dapat saya bantu. Sekarang saya dalam proses nak ubahsuai rumah di kampung. Tapi ada sedikit masalah sebab kalau mengikut pelan rumah saya kena robohkan beberapa bahagian di belakang rumah.
“Sayang pula nak robohkan sebab ayah dah buat beberapa kolam untuk ternakan lintah dan belut di situ. Ternakan ini dah setahun kami sekeluarga usahakan. Mula-mula kami buat satu kolam sahaja tapi kini kami dah berjaya buat beberapa buah kolam lagi. Ia dah macam perniagaan kami sekeluarga,” cerita Nabil yang kini menjalin hubungan dengan pelakon jelita, Irma Hasmie.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: