Wednesday, April 8, 2009

Kes khalwat Memey-Norman tangguh lagi

altPerbicaraan kes khalwat pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, AU2, Keramat, Kuala Lumpur tertangguh lagi.

Kali kerana hakim syarie yang mendengar kes itu, Wan Mahyuddin Wan Muhammad pula yang diarahkan tidak mendengar kes itu. Menurut Wan Mahyuddin, beliau membuat keputusan tersebut setelah dinasihatkan oleh Ketua Hakim Syarie Selangor, Zohdi Toha.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon dan Memey akan melalui proses perbicaraan di hadapan seorang hakim baru pada tarikh sebutan atau altperbicaraan yang ditetapkan pada 15 Mei 2009.

Norman, 33, dan Memey, atau nama sebenarnya Memey Suhaiza Suhaimi, 21, yang bukan mahram didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak kira-kira pukul 3.00 pagi, 30 Oktober 2008 di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang, Kuala Lumpur.

Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi didakwa di bawah Seksyen 29(1)(b) enakmen sama. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun atau kedua-duanya.

Sebelum itu mahkamah diberitahu bahawa Ketua Pendakwa Syarie Selangor menolak permohonan representasi yang dikemukakan oleh peguam yang mewakili Norman dan Memey agar pertuduhan khalwat terhadap mereka dikaji dan diteliti semula. Ia dimaklumkan oleh pegawai pendakwa syarie, Muhamad Nazri Basrawi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: