Tuesday, April 21, 2009

Kes Jamal ugut isteri ditangguh 10 Jun


JAMAL menandatangani dokumen mahkamah sambil diperhatikan Fatimatuzahra di Mahkamah Majistret Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Perbicaraan kes penyanyi popular, Jamal Abdillah yang dituduh mengugut isterinya menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) berbunyi Tunggu dan lihat apa akan terjadi yang sepatutnya bermula semalam, ditangguhkan pada 10 Jun ini.

Penangguhan itu diputuskan Majistret Norkamilah Aziz selepas peguam Datuk Taqiyuddin Yahya yang mewakili Jamal terpaksa mengendalikan perbicaraan satu kes bunuh di Mahkamah Tinggi di sini.

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidullah Ali, 48, terpaksa menghadiri proses perbicaraan selepas permohonannya bersama isteri, Fatimatuzahra Samad, 26, agar pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan ugutan itu ditolak Jabatan Peguam Negara pada 20 Februari lalu.

Dalam pertuduhannya, Jamal didakwa telah mengugut isterinya melalui SMS dengan menghantar kata-kata ugutan dari nombor 013-3088080 ke nombor 017-3887258 pada pukul 7.44 pagi pada 30 April 2007.

Jamal didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: