Friday, April 17, 2009

Kena tunggu tiga bulan untuk dapat Proton Exora


BILIK pameran Proton di Seremban menjadi tumpuan luar biasa semalam apabila orang ramai berpusu-pusu datang untuk melihat sendiri Exora yang dilancarkan kelmarin.


PETALING JAYA – Demam kenderaan pelbagai guna (MPV) pertama negara, Proton Exora mula melanda pasaran sejak ia dilancarkan malam kelmarin dengan kesemua pusat pameran dan ejen jualan Proton di seluruh negara diserbu peminat kereta

Kesannya, setakat pukul 9 malam tadi, Proton sudah menerima 3,500 tempahan untuk Exora dan jumlah itu dijangka terus meningkat.

Menurut Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd., Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, orang ramai yang membuat tempahan dalam tempoh beberapa minggu ini hanya akan menerima kenderaan mereka dalam masa dua atau tiga bulan.

“Pembeli kena tempah awal kalau nak dapat awal kerana sebaik sahaja Exora dilancarkan, kami telah berjaya mendapat 1,000 tempahan,’’ katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambahnya, 10 orang pembeli terawal telah pun menerima Exora masing-masing semalam.

Warna yang paling mendapat tempahan ialah Pyrite Brown berbanding lima pilihan warna lain iaitu hitam, putih, perak, biru dan coklat.

Buat masa ini, pembeli boleh memilih Exora 1.6 liter daripada pilihan Medium-Line (manual) pada harga RM69,998 dan High-Line (automatik) berharga RM75,988.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: