Saturday, April 18, 2009

Kayuh basikal kepala dekat pedal


GAMBAR menunjukkan Ronningsbakken (gambar kecil) mengayuh basikal dalam keadaan terbalik di atas wayar pada ketinggian 1,000 meter dari fiord di sebuah kawasan di Norway.





OSLO - Seorang pakar penghibur pengimbang badan, Eskil Ronningsbakken melakukan aksi lagak ngeri dengan mengayuh basikal dengan kepala dekat pedal manakala kakinya terangkat ke atas pada ketinggian 1,000 meter di Norway, lapor sebuah akhbar semalam.

"Menunggang basikal dalam keadaan terbalik di atas wayar setinggi 1,000 meter dari fiord Norway masih merupakan pengalaman saya yang paling teruja," katanya.

Dia yang berumur 29 tahun sudah melakukan lagak ngeri sejak berumur lima tahun dan menyertai sarkas sehingga membawanya mengelilingi dunia.

Bagaimanapun, dia enggan menegaskan bahawa perbuatan yang dilakukannya itu bukannya lagak ngeri.

"Lagak ngeri adalah sesuatu yang anda lihat ketika menonton filem yang kerap dilakukan dengan kawalan keselamatan seperti menyediakan jaring," kata Ronningsbakken.

"Apa yang saya lakukan itu adalah seperti gambar dengan tubuh manusia terdedah pada suasana alam semula jadi.

"Ia adalah antara hidup dan mati. Itulah kehidupan yang sebenar," katanya.

Sasaran seterusnya Ronningsbakken adalah untuk melakukan persembahan di bangunan Hotel Burj Al-Arab di Dubai yang dianggapnya akan menjadikan pencapaian yang amat cemerlang. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: