Thursday, April 23, 2009

Identiti kekasih Lady Gaga terbongkar

Siapakah lelaki idaman Lady Gaga?

KHABAR angin kini bertiup kencang tentang Lady Gaga yang dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang usahawan Los Angeles yang dikenali dengan nama Speedy.

Bintang popular itu difahamkan telah jatuh cinta dengan lelaki 'misteri' itu selepas kedua-duanya bertemu semasa penggambaran video muzik Love Game.

Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Germanotta, dikatakan keluar dengan lelaki berusia 23 tahun sejak bulan lalu.

"Perhubungan mereka hanya setakat kawan biasa buat sementara waktu. Namun, ia menjadi serius baru-baru ini. Mereka menggilai sesama sendiri," kata sumber.

Pasangan itu dilihat cukup intim ketika berada di restoran Katsuya di Brentwood. Seorang pelanggan memberitahu: "Mereka begitu mesra dan dilihat berpelukan."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: