|
KEMUNCULAN semula aktor Hugh Jackman melakonkan watak James Logan atau Wolverine menerusi filem baru, X-Men Origins: Wolverine pastinya ditunggu ramai peminat filem itu. Mereka bukan hanya mahu menonton apakah plot penceritaan untuk sekuel ketiga ini lebih menarik tetapi peminat juga mahu menyaksikan kehebatan Jackman dengan watak superhero itu. |
Bagi Jackman, biarpun dia sudah biasa melakonkan watak itu sejak filem pertama dihasilkan pada 2000 tetapi dia menganggap cabaran tetap ada. Katanya, menjadi Wolverine yang mempunyai senjata besi tajam yang keluar dari kedua tangannya memainkan peranan yang lebih besar kerana sekuel kali ini memberi tumpuan pada dia sebagai watak utama.
“Bukan mudah untuk menjadi Wolverine kerana watak ini adalah superhero genetik yang hebat. Dalam memberikan lakonan dengan berkesan, saya mengambil masa setahun untuk berlatih sebelum penggambaran bermula. Latihan adalah perkara penting yang menjadi kunci pada kejayaan watak ini.
“Setiap hari, saya menghabiskan masa selama sejam se tengah untuk mendapatkan stamina pada badan saya. Sering kali bila berlatih, saya membayangkan saya adalah Wolverine yang berani untuk melakukan sesuatu walaupun orang lain mengalah dan atas sikapnya itu, saya fikir watak ini diminati ramai,” katanya.
Kata Jackman, melakonkan aksi lasak tidak bergantung pada latihan fizikal semata-mata sebaliknya perlu menjaga aspek pemakanan yang sihat. Pengambilan makanan yang seimbang termasuk minum susu rendah lemak mampu menguatkan pengembangan otot badan. Sejak membintangi filem ini, dia akui penampilan watak ini sama ada bentuk badan dan karakter yang dibawa penting untuk menjadi faktor pada kejayaan filem secara keseluruhan.
“Menjadikan filem ini komersial dan mempunyai kelas tersendiri adalah tanggungjawab berat yang harus dipikul. Bagaimanapun, saya tidak mahu terikat dengan satu watak saja tetapi saya mahu kembang lakonan saya dengan pelbagai watak baru dan mencabar.
“Seperti Wolverine, watak ini mempunyai sifat tertentu. Menariknya, dia berdepan dengan masalah genetik antara manusia dan haiwan yang mengawal tingkah lakunya. Pada suatu masa, saya dan produksi memikirkan apakah yang patut watak ini lakukan dan bagaimana genetik haiwan memberi pengaruh pada kehidupan manusia.
“Saya fikir interaksi hubungan antara manusia dan haiwan ini memberi tarikan pada saya untuk melakonkan watak ini dengan berjaya,” katanya.
Mengenai pengalaman ketika berlakon untuk filem sekuel yang sama sebelum ini, dia berusaha untuk mempertingkat mutu lakonan dan mengatasi kelemahan diri. Katanya, ketika awal penggambaran X-Men yang lalu, pengarah Bryan Singer menegur lakonannya yang disifatkan gagal memenuhi ke hendaknya.
“Saya sebenarnya pernah kecewa dengan diri sendiri. Dulu, saya pernah berlatih selama empat minggu sebelum peng gambaran bermula tetapi Singer berkata saya gagal menjiwai watak Wolverine dengan baik.
“Nyata, ia memberi cabaran pada saya untuk memperbaiki kelemahan dan akhirnya pada penggambaran esok harinya, lakonan saya makin bertambah baik,” katanya.
Dalam pada itu, Jackman yang muncul sebagai penghias muka depan majalah Parade bulan ini turut ditanya soal peribadi bila dia dikatakan gay. Sebelum ini, dia pernah melakonkan watak gay iaitu Peter Allen menerusi teater broadway, The Boy From Oz yang melayakkan dia untuk menang anugerah Tony pada 2004. Katanya, tanggapan itu tidak benar dan akui masih bahagia dengan kehidupan yang dilalui kini bersama isteri dan dua anaknya.
“Mereka selalu bersama saya. Malah, isteri saya adalah individu bersikap jujur yang pernah saya jumpa. Apa yang dia rasakan, sering diluahkan pada saya. Mengenai karier saya selama ini, dia begitu memahami.
“Sifat sebenar dia bukanlah cemburu pada kejayaan yang saya perolehi. Dia sebenarnya lebih tahu menjaga diri saya berbanding saya sendiri. Apapun, keluarga menjadi ke utamaan pada saya dan kami gembira dengan kehidupan yang kami lalui hingga kini,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: