DILAPORKAN, filem ini mengambil masa selama 10 tahun sebelum ia ada di pawagam. Melihat tempoh itu, tidak mustahil kualiti filem ini mampu dibanggakan. Malah, peminat filem aksi pasti terhibur dengan karya terbaru sutradara Derek Yee ini. |
Barisan pelakonnya juga membabitkan nama besar. Selain Jackie Chan, Daniel Wu, Jack Kao dan Masaya Kato turut memberi impak besar terhadap filem ini.
Setiap karektor pula penuh dengan emosi. Gaya lakonan mereka nampaknya tidak perlu lagi diragui. Disebabkan kredibiliti mereka ditambah pula dengan garapan cerita yang menarik, filem ini menerima tepukan daripada pengkritik filem.
Jackie Chan masih lagi menggalas tugas pelakon utama — pendatang yang berhijrah ke Shinjuku untuk mencari kehidupan lebih baik dan dalam masa sama ingin menemui kekasih lamanya. Namun, apa yang diimpikannya tidak kesampaian apabila dia terserempak dengan sekumpulan Yakuza dan mengubah kehidupannya.
Menariknya, filem bercorakkan kehidupan kongsi gelap ini menampilkan terlalu ramai pelakon dalam sebuah cerita. Namun, pengarahnya masih mampu mengawal ceritanya. Pendek kata, setiap babak tidak pening untuk ditonton.
Namun untuk peminat Jackie, jangan terkejut apabila watak dibawa kali ini sedikit suram, lebih-lebih lagi dia seakan-akan anti-hero. Walaupun kebanyakan aksi dilakukan pelakon lain, peminat aktor ini masih boleh menarik nafas lega apabila beberapa babak turut membabitkannya.
Saran penulis, pastikan peminat filem tidak melepaskan peluang menonton filem ini. Menerusi jalan cerita yang ditampilkan di layar lebar pastinya memberi lebih kepuasan. Sistem bunyi yang digunakan dan teknik penggambaran dipertaruhkan oleh Derek akan menambah lebih keseronokan menontonnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: