Wednesday, April 8, 2009

Dengarnya...: Diana, Suki, Aliff dapat pelepasan diPLKN



Diana Danielle

SEJAK tiga selebriti tanah air, Diana Danielle, Suki dan Aliff menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), ada pihak yang cuba mengambil peluang kewujudan mereka untuk memberi hebahan lebih meluas mengenai program itu. Kalau ada menyangka situasi ini sebagai cubaan mengeksploitasi, Cik Normah cuba berfikiran terbuka dan melihat semua itu daripada sudut yang positif.

Kawan sepejabat Cik Normah yang rapat dengan keluarga Danielle ada mendapat perkhabaran terbaru bahawa Danielle yang berada di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang, sudah dilantik sebagai Timbalan Kontinjen Wirawati. Tugasnya selain memantau keadaan asrama, Danielle juga perlu memastikan keadaan bilik, kebersihan, rakan serta perlindungan dalam keadaan yang terurus. Malah, Danielle pun perlu memeriksa barisan kawad supaya teratur.

Baguslah macam itu, sekurang-kurangnya ia akan mengajar Danielle untuk menjadi pemimpin yang baik pada masa depan. Cik Normah tahu walaupun Danielle nampak macam manja dan lembut orangnya, dia tetap ada sisi berani dan kuat semangat. Cik Normah tidak akan menghakimi seseorang hanya pada luaran semata-mata.

Berita baik juga Cik Normah nak kongsi, Danielle sudah diberi pelepasan selama tiga hari bermula 11 hingga 13 April ini untuk persediaan menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008. Cik Normah yakin Danielle pasti gembira dengan keputusan yang dikeluarkan Jabatan Latihan Khidmat Negara, Kementerian Pertahanan.

Buat peminat Danielle, nantikan kemunculan Danielle pada malam kemuncak anugerah berprestij itu nanti ye sebab dia akan melaram rekaan pereka bernama Irwan Arsbo. Cik Normah pun takkan ketinggalan tampil dengan gaun meleret kotemporari seorang pereka fesyen yang cukup meletup, tapi biarlah namanya dirahsiakan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: