Monday, April 13, 2009

Dengarnya... Cinta pelakon wanita kembali bertaut


KETIKA membuat persiapan diri untuk ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, Cik Normah didatangi peminat yang begitu setia mengikuti perkembangan ruangan popular ini.

Peminat atau pembaca ruangan ini memberikan maklumat yang baik juga kepada Cik Normah. Dia memberitahu ada seorang pelakon wanita begitu serius ingin menamatkan zaman bujang pada tahun ini.

Pendek kata, pelakon yang agak cantik itu memang sudah tidak sabar mahu menimang cahaya mata sendiri dan memberi cucu kepada ibu dan bapanya. Tapi yang menjadi persoalan di hati Cik Normah, siapa pula calon bakal suaminya? Setahu Cik Normah, kekasih yang digosipkan kononnya menjalin ikatan cinta dengannya sudah pun berakhir.

Tapi, baru-baru ini kawan Cik Normah yang kebetulan sedang berada di sebuah premis berdekatan Bangsar tak semena-mena ternampak pelakon itu bersama lelaki yang dikatakan sudah berpisah dengannya.

Kedua-duanya kelihatan mesra ketika sedang asyik menjamu selera. Pelik pula Cik Normah. Dulu beriya-iya kata sudah berpisah. Mungkin kedua-duanya sedang mencantumkan semua cinta masing-masing.

Mungkin juga mereka berjumpa sebab nak berbincang secara baik mengenai hubungan itu. Kalau hubungan mereka kembali berputik, nampak gayanya usaha keluarga si lelaki itu untuk membuang ‘mandrem’ si pelakon ini nampaknya kurang berkesan. Entahlah, keliru akak.

1 comment:

Tinggalkan Komen Anda Sini: