Monday, April 20, 2009

DBKL pasang banyak CCTV


KERATAN muka depan Kosmo! semalam


KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memasang lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar ibu kota bagi membantu pihak berkuasa membendung gejala jenayah yang semakin meningkat ketika ini.

Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup berkata, pemasangan sistem CCTV itu sudah semestinya akan bertumpu di kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi.

Bagi kawasan sekitar Jalan Changkat Thamby Dollah yang diklasifikasikan sebagai 'kawasan hitam' seperti yang dilaporkan kelmarin, Salleh memberitahu, DBKL baru sahaja memasang 20 buah CCTV di situ.

"Kita sudah pasang CCTV di kawasan tertentu di ibu kota dan yang terbaru ada 20 CCTV yang telah dipasang di kawasan sekitar Jalan Changkat Thambi Dollah,'' katanya.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai inisiatif DBKL dalam menangani kes jenayah seperti kes samun dan ragut yang mencatat lebih 1,200 kes sepanjang Januari hingga pertengahan bulan ini di sekitar ibu kota.

Kadar itu menyaksikan peningkatan kes lebih 100 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu yang hanya mencatatkan 606 kes.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: