Kebetulan teman CAK itu juga terbabit dalam persembahan berkenaan kerana mengusung artis barunya ke sana.
Dalam bercerita mengenai sambutan persembahan itu, tiba-tiba terpacul daripada mulut teman CAK bercerita pasal perangai seorang vokalis kumpulan ‘indie’ popular di Malaysia.
Katanya, vokalis yang mempunyai vokal memukau ini buat perangai apabila dia sibuk mabuk sakan selepas tamat persembahan. Teman CAK terkejut melihatnya kerana tanpa segan silu vokalis berkenaan berperangai begitu di depan artis lain.
Sudahlah cakap merapu, vokalis ini juga mengganggu ketenteraman orang dengan selambanya. Hai, tak tahulah CAK nak cakap macam mana dengan penyanyi terbabit kerana ini bukan pertama kali isu mengenainya menjadi bahan bualan, malah vokalis ini masih tidak serik.
Sunday, April 19, 2009
CAK: Mabuk lagi
BARU-BARU ini CAK terserempak dengan seorang teman yang bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam di sebuah syarikat pengurusan artis tempatan. CAK sempat bertanya mengenai sebuah persembahan yang diadakan di Tawau, Sabah tidak lama dulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: