Cerita sedih teman CAK ini bermula apabila dia seperti dipulaukan oleh kru produksi serta pengacara lain di stesen TV berkenaan. Selidik punya selidik, teman CAK terkejut kerana rupa-rupanya seorang pengacara yang kononnya ‘diva’ untuk program itu yang membawa mulut selama ini. Pengacara wanita itulah yang selama ini dikatakan memburukkan teman lama CAK ini sehingga dia mula disisihkan.
Pengacara yang berangan popular itu sebenarnya tidaklah popular mana memandangkan stesen TV berkenaan memang ‘haus’ dengan publisiti dan sebarang promosinya, tetapi dia menggunakan ‘jarum belakang’ untuk mendapat tempat di program berkenaan.
Khabarnya, pengacara wanita itu sanggup menjalin hubungan sulit dengan orang kuat program berkenaan. Malah, pernah satu ketika, pengacara itu menjeling-jeling teman CAK yang seorang ini kerana pihak produksi memintanya bergandingan bersama teman CAK.
Katanya, pengacara itu rasa tergugat dengan kehadiran teman CAK ini, maklumlah ada pengacara lebih cantik daripada dia di dalam program sama.
Sebenarnya, CAK tidak terkejut sangat dengan cerita ini kerana sudah ramai teman CAK yang lain bercerita perihal pengacara berangan ini. Bolehlah dia berlagak diva kerana stesen TV tempat dia bernaung memang kekurangan pengacara yang ‘berupa elok’.
Sunday, April 19, 2009
CAK: Hos ‘makan buah’ berangan
SELEPAS habis menyaksikan sebuah program realiti yang popular baru-baru ini, CAK terserempak pula dengan seorang teman masa CAK belajar di universiti dulu. Punyalah borak panjang sampailah ke isu kerjanya kerana dia juga pengacara untuk program bual bicara yang paling ‘sendu’ sekali ratingnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: