KUALA LUMPUR 21 April – Bapa penyanyi, Siti Sarah Raisuddin iaitu Raisuddin Hamzah, 54, di denda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini hari ini, selepas mengaku bersalah bersubahat dengan Siti Fatimah Subri berkahwin tanpa kebenaran dua tahun lalu.
Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad sebelum menjatuhkan hukuman menyatakan tertuduh sepatutnya mengikut undang-undang yang ditetapkan kerana perkahwinan bukan perkara remeh dan boleh dipandang ringan.
Raisuddin membayar denda tersebut.
Jika gagal membayar denda itu beliau boleh dipenjara dua bulan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: