HISH! Banyak betul program realiti sekarang ini. Lepas satu, satu muncul. Mulai malam ini, program Mentor pula akan ke udara. Maka bertambah hangatlah suasana negara di zaman ini dengan program hiburan.
Mentor-mentor pilihan bagi musim ketiga kali ini ialah Awie, Mas Idayu, Adibah Nor, Ajai, Jaclyn Victor dan Lah (VE).
Joyah dengar panas juga Mentor musim ini. Belum apa-apa, orang dah bertanya, mampukah Ajai menjadi seorang mentor yang baik? Atau dia hanya pandai bagi komen panas sahaja? Tak apa, kepada yang bertanya, apa kata mulai tonton Mentor setiap Ahad di TV3 pukul 9 malam.
Bukan itu sahaja, Joyah dengar Awie juga ada caranya tersendiri ketika membuat pemilihan untuk mencari protege.
Khabarnya Awie mahu menguji bakat peserta wanita sahaja. Eh! Betul ke? Dengarnya 15 peserta lelaki yang datang, dia suruh balik je. Hish! Hish! Hish!
Tapi dengarnya Awie terangkan kepada peserta lelaki mengapa dia mahu menguji bakat peserta wanita sahaja kerana kata rocker itu dia nak mencari peserta wanita yang boleh diketengahkan bakatnya sebagai seorang penyanyi rock.
Iyalah, selama ini pun kita hanya ada Ella sahaja. Rockers wanita lain semuanya tak bertahan lama. Jadi khabarnya Awie mahu mencari, kalau tak setanding sekurang-kurangnya dapatlah menjadi pelapis.
Kerana kata penyanyi kumpulan Wings itu selama ini, industri kita telah banyak melahirkan penyanyi rock lelaki, tetapi tidak wanita. Itulah sebabnya dia hanya menguji bakat peserta wanita sahaja.
Tak kisahlah Awie. Yang penting dia boleh membimbing protege itu menjadi seorang penyanyi berkaliber. Joyah tak mahu nanti, lepas sahaja habis program, artis entah ke mana.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: