Sunday, April 12, 2009

Anuar Zain pujaan wanita

altAnuar Zain masih menjadi pujaan wanita. Kalau ada show, Anuar pasti akan dikelilingi oleh peminat wanita. Sebab itu Anuar pernah tidak sanggup turun ke bawah kerana bimbang digomol peminat.

Sehingga hari ini Anuar masih dipuja. Buktinya semasa mengadakan persembahan makan tengah hari sempena Minggu Setiausaha baru-baru ini, Anuar masih diburu.

Apabila dia turun dari pentas, ramai peminat wanita yang mahu menari bersama dan mengabadikan gambar bersamanya.

Kali ini berani pula Anuar turun ke bawah. Agaknya dia sedar peminat yang altmenonton dalam persembahan Minggu Setiausaha lebih sopan dan terkawal tingkah laku mereka.

Kalau pun diserbu, mereka labih berhemah. Apabila nampak dia sering diburu wanita, ada soalan nakal yang bertanya.

Bila agaknya Anuar nak pilih wanita jadi suri hidupnya? Tak tertarikkah dengan peminat wanita yang memuja itu?

alt

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: