|
|
WASHINGTON - Seorang lagi wanita Rusia, Anna Fermanova ditangkap di Amerika Syarikat (AS) semasa dia cuba menyeludup komponen senjata ke dalam sebuah pesawat, lapor sebuah akhbar semalam.
Gadis berkenaan yang bekerja sebagai seorang jurusolek didakwa kerana cuba menyeludup komponen tersebut ke Rusia ketika pihak berkuasa AS meneruskan siasatan terhadap suspek-suspek perisikan asing.
Anna yang tinggal dekat ibu negeri Texas, Dallas, ditangkap semasa cuba membawa tiga buah teropong raifal menaiki satu penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di New York ke Rusia.
Teropong tersebut yang berteknologi tinggi digunakan untuk mengesan musuh dalam keadaan gelap.
Fermanova, 24, kini ditahan di kediaman ibu bapanya di Plano, Texas dengan ikat jamin ditetapkan pada AS$50,000 (RM159,625).
Wanita itu dijangka dihadapkan ke sebuah mahkamah di New York dalam tempoh beberapa minggu lagi dan dia boleh dipenjara 10 tahun jika didapati bersalah.
Sebelum ini seramai 10 perisik Rusia ditangkap dan telah dihantar ke Rusia dalam satu pertukaran perisik paling besar pernah berlaku sejak Perang Dingin.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: