Wednesday, July 14, 2010

Victoria-Beckham akan berpisah?

Setelah pasangan romantis Brad Pitt dan Angelina Jolie dilaporkan berpisah, kini giliran pasangan Victoria dan pemain bola sepak terkenal, David Bekcham pula dikatakan sedang dalam proses perpisahan.

Walau bagaimanapun sumber terdekat pasangan itu mengatakan Victoria berang sebaik mengetahui tentang dakwaan itu.

Menurut Victoria dia dan Beckham kini saling mencintai di antara satu sama lain. Ungkapan cinta Victoria ini disiarkan dalam sebuah wawancara oleh akhbar Daily Mirror.

"Kami tidak berpisah, malah saling mencintai lebih daripada sebelumnya. Hubungan kami sudah seperti teman baik. Kami tak pernah memberikan tekanan di antara satu sama lain,” katanya.

Victoria dan David baru sahaja merayakan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11 minggu lalu. Beberapa tetamu terkenal turut hadir dalam pesta itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: