Thursday, July 1, 2010

'Ulat’ patah pinggang

KUALA LUMPUR: Akibat cuba lari, seorang ulat tiket veteran meraung kesakitan dipercayai patah pinggang apabila terjatuh dari bukit ketika sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), cuba menahannya di Terminal Bas Sementara Bukit Jalil di sini, kelmarin.

MERAUNG...suspek dipercayai ulat tiket meraung kesakitan selepas  terjatuh dari bukit ketika cuba melarikan diri daripada ditahan penguat  kuasa JPJ, semalam.
MERAUNG...suspek dipercayai ulat tiket meraung kesakitan selepas terjatuh dari bukit ketika cuba melarikan diri daripada ditahan penguat kuasa JPJ, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, sepasukan penguat kuasa JPJ menjalankan operasi membanteras ulat tiket dan melakukan penyamaran sebagai pelanggan yang ingin membeli tiket bas sebelum berjaya memerangkap suspek.

Difahamkan, suspek yang berusia 50 tahun didapati menjual tiket kepada seorang penguat kuasa JPJ yang menyamar dan ketika cubaan menahannya, suspek bertindak melarikan diri ke sebuah bukit berhampiran terminal sementara itu.

Sumber JPJ berkata, empat penguat kuasa JPJ bertindak mengejar mangsa sejauh beberapa meter ke seberang jalan berhadapan terminal itu, namun sebaik saja tiba di kaki bukit, suspek tiba-tiba berhenti kerana kepenatan.

“Suspek mengatakan ingin menyerah diri kerana sudah tidak larat untuk berlari lagi.

“Namun sebenarnya dia hanya berpura-pura, sebaik anggota kami menghampirinya untuk menahannya dia bertindak memanjat bukit,” katanya.Menurutnya, dalam keadaan kelam-kabut itu, suspek sempat melarikan diri ke puncak bukit berkenaan setinggi kira-kira 50 meter, namun tiba-tiba tergelincir dan berguling jatuh ke kaki bukit.


“Hujan lebat baru saja reda ketika itu dan keadaan permukaan bukit yang curam dan berumput itu agak licin menyebabkan suspek tergelincir.

“Suspek juga melanggar seorang anggota kami yang mengekorinya hingga menyebabkan anggota terbabit jatuh,” katanya.

Menurut sumber, suspek pengsan di kaki bukit itu selama beberapa minit dan segera diberi rawatan kecemasan sehingga sedarkan diri.

“Sebaik sedarkan diri, suspek meraung kesakitan mengatakan pinggang dan belakang badannya sakit. Lebih kurang 30 minit selepas itu bantuan ambulans tiba dan suspek dihantar ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi semalam berkata, pihaknya belum dimaklumkan mengenai kejadian itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: