Sebab itulah ada sahaja penganjur persembahan yang memilih mereka apabila ada keperluan untuk mengadakan sesebuah persembahan berkonsep nostalgia. Banyak lagu duet mereka yang segar sehingga ke hari ini. ![]() Lagu nostalgia Uji-Hail masih diminati. Hasil penjualan tiket konsert amal ini akan disalurkan kepada PMP iaitu pertubuhan yang membela nasib ibu tunggal dan anak penghidap HIV/AIDS. Uji dan Hail menjadi pilihan penganjur kerana diyakini memiliki pengaruh tersendiri dalam usaha menarik perhatian masyarakat. Apatah lagi mereka sudah lama tidak mengadakan persembahan eksklusif sedemikian. Pastinya lagu-lagu popular seperti Antara Matamu Dan Mataku, Katakanlah, Juitaku Sayang, Kukejar Bayanganmu, Merayu Asmara, Hujan, Sikit Kasi Banyak Minta, Menunggu Nasi Minyak dan lain-lain akan dipersembahkan. ![]() Uji-Hail masih ramai peminat setia. Lagu-lagu Wajah Kesayangan Hamba, Kau Datang Lagi Dalam Fikiranku, Biarku Kenalmu, Cinta Bukan Khayalan, Bukan Jodoh Bukan Suratan, Kasih Dan Sayang, Daku Kau Lupakan, Lain Dulu Lain Sekarang dan lain-lain pasti meninggalkan banyak nostalgia buat peminat Hail Amir. Bagi individu atau syarikat yang mahu menyumbang, boleh membeli pakej tajaan yang bermula harga RM50,000 (pakej platinum), RM30,000 (pakej emas) dan RM20,000 (pakej perak). |
Thursday, July 1, 2010
Uji-Hail berkonsert lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: