Monday, July 12, 2010

Tunku Azizah tunjuk kepakaran masak puding raja


TUNKU AZIZAH (tengah) menunjukkan puding raja yang disediakan sempena Festival Diraja Pahang 2010 di Menara Kuala Lumpur semalam.


BAKAT ISTANA. Sempena Festival Diraja Pahang 2010, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar tampil membuat demonstrasi masakan istimewa hasil tangan baginda sendiri iaitu puding raja.

Makanan tradisi daerah Pekan itu disediakan oleh baginda yang merupakan Penaung Malaysia Chef Association di hadapan pelancong yang hadir ke festival tersebut di Rumah Budaya 1Malaysia, Menara Kuala Lumpur semalam.Setelah disiapkan, puding istimewa itu kemudian diagihkan kepada pelancong untuk dinikmati kelazatannya.Antara bahan yang digunakan untuk membuat puding raja ialah pisang lemak manis, gajus yang digoreng, urat emas, buah prun dan minyak sapi.

1 comment:

  1. alamak...sedap..:(dimana kan ku cari puding,serupa pudingmu..:(

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: