
MELAKA - Dua peniaga video playstation tiruan yang mengaut keuntungan berlipat ganda sejak dua bulan lalu dicekup pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kelmarin.
Mereka ditangkap bahagian Penguat Kuasa KPDNKK negeri ini yang berjaya menghidu kegiatan mereka dalam dua operasi berasingan sejak tiga hari lalu.
Ketua Penguat Kuasa KPDNKK, Abd. Hafidz A. Rahim memberitahu kegiatan peniaga terbabit dikesan dalam dua operasi berasingan selepas melakukan intipan selama tiga hari.
"Serbuan pertama pada Khamis lalu telah berjaya merampas 100 unit alat kawalan analog dan 417 cakera padat digital (DVD) alat permainan video di sebuah premis di Plaza Mahkota berharga sekitar RM15,000.
"Barangan tiruan itu merupakan barangan yang paling laris dijual," katanya kepada pemberita di pejabat KPDNKK di sini semalam.
Tambah Abd. Hafidz, hasil siasatan mendapati peniaga tersebut membuat jualan melalui tajuk permainan DVD pada sampul pembungkus dan jika pelanggan bersetuju membeli, mereka akan mengambil kepingan DVD tersebut.
Ujar beliau, dalam serbuan kedua di Dataran Pahlawan di sini kelmarin, pihaknya berjaya merampas barangan tiruan dengan nilai RM21,633.
"Antara yang dirampas ialah joystick sebanyak enam unit, kad memori sebanyak 10 unit dan sebuah playstation yang kesemuanya berjenama Sony," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: