Thursday, July 15, 2010

Toyota Camry bakal dikilangkan di Shah Alam dua tahun lagi


PENGELUARAN Toyota Camry di Malaysia akan memberi peluang perniagaan berpotensi kepada vendor dan syarikat daripada Industri Kecil dan Sederhana.


KUALA LUMPUR - UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota), pengedar tempatan kenderaan Toyota, mengumumkan bahawa syarikat induknya Toyota Motor Corporation (Toyota Motor) di Jepun telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan Toyota Camry secara tempatan di Assembly Services Sdn. Bhd. di Shah Alam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, Toyota Motor juga akan mengeluarkan pelaburan permulaan sebanyak RM100 juta untuk memulakan pengeluaran tempatan di Shah Alam.

Tambahnya, pengeluaran tempatan itu akan dimulakan dua tahun lagi.

"Projek ini menunjukkan sokongan UMW Toyota Motor dan Toyota Motor Corporation kepada Dasar Automotif Malaysia untuk menggalakkan pengeluaran tempatan.

"Projek ini diharap akan memanfaatkan vendor tempatan dan menyumbang kepada industri auto Malaysia," jelas kenyataan itu lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: