Tuesday, July 13, 2010

Tiga Band Indie Terpilih Ke Konsert Akhir RedAMP

TEKA-TEKI siapakah band indie terbaik di kalangan negara Asean yang menyertai pertandingan RedAMP terjawab apabila pihak juri sudah memperoleh keputusannya selepas kiraan undi ditutup pada 7 Julai lalu.

Tiga band yang berjaya akan bersaing pada peringkat akhir nanti ialah Golden Dragon dari Indonesia, Sixty-Nine (Thailand) dan Pancake 80 (Filipina).

Sayang sekali dua buah kumpulan muzik dari Malaysia iaitu Stonebay dan Bizharo tidak terpilih menyertai pertandingan tersebut.

Bagaimanapun, mungkinkah Stonebay atau Bizharo turut berpeluang beraksi di konsert akhir nanti menerusi kemasukan semula atau pun wildcard entry?.

Kesemua band bertanding akan berentap dalam satu persembahan sengit yang akan diadakan di Plaza Mon't Kiara, pada 16 Julai ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: