JIKA dilihat secara zahir, lima wanita jelita ini memiliki kecantikan kulit wajah yang tidak dimakan usia walaupun saban tahun umur pasti akan berganjak.
PERKENALKAN...duta produk Olay TE diperkenalkan secara rasmi pada majlis ulang tahun ke-10 Olay TE di Jakarta, baru-baru ini.
Sebelum ini, Ira Wibowo dari Indonesia, Miriam Quiambao (Filipina), Tisca Chopra (India), Truong Ngoc Anh (Vietnam) dan Bernie Chan (Malaysia) yang bertindak sebagai duta produk Olay Total Effects (TE) di negara masing-masing, sudah mencuba pelbagai produk kecantikan lain sebelum beralih kepada produk berkenaan. Malah selepas mengalami sendiri keberkesanannya, mereka kemudian menjadi pengguna setianya.
Bagi Bernie Chan, 41, pertama kali menggunakan Olay TE adalah lapan tahun lalu dan hanya bertahan untuk seketika sebelum dia beralih kepada produk lain.
"Saya memang amat gilakan barangan kecantikan dan sentiasa bertukar jenama mengikut keadaan.
"Boleh dikatakan saya sudah mencuba semua produk yang ada di pasaran sama ada jenama mahal atau sebaliknya dan hasil yang diperoleh amat mengecewakan," katanya.
Kemudian disebabkan tekanan kerja dan sentiasa berjemur di bawah pancaran matahari tahun lalu, kulit wajahnya mengalami perubahan drastik dan menjadi amat sensitif hingga dipenuhi jerawat.
"Disebabkan masalah itu, saya cuba mencari satu produk yang dapat disesuaikan dengan keadaan kulit ketika itu. Kemudian baru saya teringat produk Olay TE yang pernah digunakan sebelum ini.
"Selepas menggunakannya, barulah kulit wajah saya kembali seperti biasa. Ia menjadi makin lembap dan anjal malah garis halus pada kulit juga hilang secara beransur-ansur," katanya ketika ditemui pada majlis ulang tahun ke-10 Olay Total Effects yang berlangsung di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.
Sementara itu, aktres tersohor tanah seberang, Ira Wibowo, 42, pula sudah menggunakan Olay TE sejak empat tahun lalu selepas diperkenalkan oleh rakannya.
Dia yang tidak pernah melakukan sebarang rawatan kecantikan berkata, kecantikan asli tanpa sebarang penggunaan bahan kimia berbahaya paling diutamakan."Saya tidak percaya yang kita perlu menghabiskan banyak masa di salun dan spa semata-mata untuk kelihatan cantik.
"Pada saya, masa yang diperuntukkan di tempat itu boleh digunakan dan dimanfaatkan untuk bersama keluarga," katanya.
Ira yang memiliki tiga anak berusia antara lapan hingga 17 tahun itu percaya jika setiap individu dapat menjalankan aktiviti seharian dengan ringkas tanpa tekanan, faktor penuaan dapat dikurangkan.
"Malah saya hanya menggunakan produk asas kecantikan seperti pembersih, penyegar, pelembap dan krim sapuan pada wajah dan untuk itu, Olay TE sememangnya memenuhi keperluan harian saya."Tidak perlu mendapatkan produk berjenama mahal jika ada produk mampu milik yang dapat memberikan hasil lebih berkesan," katanya.
Bagi bekas ratu cantik Filipina, Miriam Quiambao, 35, keberkesanan menggunakan produk berkenaan boleh dilihat selepas tiga minggu penggunaan kira-kira empat tahun lalu.
"Waktu itu saya sedang bercakap dengan ibu dan pada ketika itu, dia tiba-tiba bertanya sama ada saya melakukan sesuatu pada wajah kerana ia kelihatan lebih segar, muda dan berseri.
"Saya terkejut pada mulanya tapi akhirnya mengakui Olay TE mampu mengembalikan keanjalan kulit wajah dengan penggunaan secara berterusan dan teratur," katanya.
Aktres terkemuka dari India, Tisca Chopra pula banyak memperkatakan mengenai penggunaan bahan semula jadi sebagai asas utama apabila ditanya mengenai regim kecantikannya.
"Saya amat mementingkan pengambilan air yang banyak kerana ia dapat memberikan kelembapan pada kulit terutama dengan kerjaya saya yang sering berada di hadapan kamera.
"Untuk kulit wajah pula, Olay TE adalah produk asas pembersihan utama kerana tanpanya aktiviti seharian saya tidak menjadi," katanya.
Sebagai pelakon katanya, dia perlu mengenakan mekap tebal justeru, sedikit sebanyak ia menyebabkan kulitnya menjadi kusam dan tidak bermaya.
"Hakikatnya saya tidak suka orang lain menyentuh kulit saya dan untuk itu saya tidak pernah ke salun kecantikan untuk melakukan rawatan muka. Cukuplah dengan sentuhan jurusolek ketika berada di set penggambaran.
"Set lengkap Olay TE memberikan kebebasan kepada saya untuk tampil bersahaja tanpa perlu dilitupi mekap tebal. Biarlah wajah yang semula jadi bertindak sebagai perantara kepada umum," katanya.
Truong Ngoc Anh, 35, mengakui sebelum ini pernah menggunakan pelbagai produk jenama kecantikan terkemuka tapi wajahnya masih meninggalkan kesan minyak yang teruk terutama di zon T, iaitu bahagian dahi dan hidung.
"Keadaan itu amat tidak menyenangkan dan saya mula mencari satu produk yang dapat membantu menyelesaikan permasalahan dihadapi sehinggalah saya memperoleh Olay TE.
"Sejak empat tahun menggunakannya, kulit wajah mula berubah dengan kelembapan kulit terpelihara malah garisan halus pada kulit juga hilang selain dapat mengurangkan proses penuaan secara menyeluruh," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: