KUMPULAN Spice Girls menafikan mereka kembali bergabung semula untuk filem sekuel kepada filem lakonan mereka pada 1997, Spice World. Sebelum ini mereka dikatakan berusaha untuk menghasilkan sebuah filem berdasarkan lagu-lagu popular Spice Girls.
Bekas anggota kumpulan itu yang terdiri daripada Victoria Beckham, Emma Bunton, Geri Halliwell, Melanie Brown dan Melanie Chisholm pada awal tahun ini mengumumkan mereka sedang membikin sebuah pementasan muzikal dengan penerbit filem Mamma Mia!, Judy Craymer yang bakal dipentaskan di West End London.
Laporan akhbar Sunday Mirrror sebelum ini juga melaporkan Emma sebagai berkata filem terbaru Spice Girls yang bakal menampilkan lagu-lagu mereka seperti Wannabe, 2 Become 1, Who Do You Think Are? dan Say You'll Be There sedang dalam pembikinan.
Namun menerusi laman sosial Twitternya Emma baru-baru ini menulis: "Spice Girls tidak akan bergabung dengan Judy Craymer untuk projek filem sekuel Spice World. Saya tidak pernah mengatakan kami akan membikin satu lagi filem Spice Girls. Namun, kami teruja dengan projek pementasan muzikal Spice Girls itu."
Spice Girls kini berada dalam fasa terakhir bagi pementasan muzikal mereka itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: