Monday, July 12, 2010

Terapi wajah jejaka


PRODUK pencuci muka The Murad Man diperkaya dengan rumusan AHA bagi membersih dan merangsang pertumbuhan kulit.


DULU barangkali tidak ramai golongan lelaki yang mengendahkan penjagaan muka masing-masing.

Malah, ada sesetengah orang menganggap bahawa jejaka yang memiliki set penjagaan wajah tidak macho lantaran dilabel keperempuanan.

Anggapan itu membuatkan ramai lelaki terus membiarkan wajah mereka terdedah pada pelbagai ancaman seperti tona warna kulit tidak sekata, jerawat dan permukaan berminyak.

Pengurus Pemasaran CN Health & Beauty, Melvyn Yung memberitahu, masalah tersebut timbul kerana manusia dikelilingi bakteria setiap masa.

"Tangan kotor yang menyentuh permukaan kulit muka membuatkan jerawat mudah timbul. Selain itu, dunia kerjaya yang memerlukan banyak waktu dihabiskan di luar pejabat akan menyebabkan kulit muka terdedah pada kekotoran dan sinaran matahari.

"Tidak ketinggalan, aspek pemakanan dan tabiat merokok. Jadi, bagi mengelakkan kulit wajah kusam, golongan lelaki tidak perlu segan untuk berkunjung ke pusat kecantikan," jelasnya yang mengakui pernah mengabaikan rutin penjagaan wajah.

Tidak dinafikan juga, ada pula yang ambil peduli tentang penampilan wajah tetapi tidak menggunakan rangkaian produk yang sepatutnya.

Mereka rasa cukup sekadar menggunakan sabun biasa. Jalan pintas itu diambil kerana golongan tersebut merasakan cara sebegitu sudah memadai untuk mendapatkan wajah yang bersih.


SAPUKAN buih pembersih ke wajah dengan rata menggunakan teknik urutan jari.


Bagaimanapun, kini perkataan metroseksual dan maskulin menjadi sebutan ramai jejaka. Mereka mula sedar bahawa dengan mengambil berat tentang penampilan diri termasuk rejim penjagaan wajah, personaliti mereka lebih menyerlah.

Bukan semata-mata ingin tampak segak di khalayak terutama pada pandangan kaum wanita tetapi ia lebih kepada membentuk keyakinan diri.

"Bila kulit muka tiada sebarang masalah, kita akan lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Percaya atau tidak, sesetengah lelaki mengadu bahawa mereka sukar mendapat pekerjaan kerana kulit wajah yang tidak bersih dan berjerawat," terangnya.

Oleh itu, bermula hari ini, para jejaka boleh mengamalkan penjagaan wajah dengan mengikut rutin ringkas.

Rangkaian produk terkenal The Murad Man misalnya, sentiasa memahami keperluan jejaka. Golongan lelaki kini hanya memerlukan 10 minit untuk tampil lebih meyakinkan.

Langkah 1:

Pastikan tangan dicuci bersih sebelum mengaplikasi sebarang produk pada wajah.

Selepas itu, barulah anda mengambil pencuci muka The Murad Man yang diperkaya dengan rumusan AHA bagi merangsang pertukaran kulit.

Ia juga diperkaya dengan antikeradangan, antioksida dan ciri kelembapan.

Bahan yang digunakan juga mampu mengawal masalah penuaan. Ini bermakna raut wajah anda berseri dan sentiasa tampak lebih muda daripada usia sebenar.

Langkah 2:

Sapukan buih ke seluruh muka dengan teliti. Buih The Murad Man tidak akan menyebabkan kepedihan mata.

Produk tersebut bersesuaian dengan kesemua jenis kulit. Selepas melakukan dua atau tiga pusingan, anda boleh mencuci semula muka menggunakan air bersih.

Perlu diingat, bagi mengeringkan muka anda mestilah mempunyai tuala yang khusus. Jangan sesekali menggunakan tuala mandi mahupun berkongsi tuala muka dengan individu lain.


SENI mencukur adalah kewajipan bagi ramai lelaki.


Langkah 3:

Seterusnya, langkah yang sering dilakukan oleh golongan lelaki sebelum keluar rumah adalah bercukur. Sapuan krim pencukur yang mengandungi Vitamin E dan Panthenol akan melicinkan permukaan pertumbuhan kumis dan janggut.

Tip untuk mendapatkan hasil cukur yang baik ialah dengan menukar mata pisau pencukur lebih kerap.

Langkah 4:

Cara terakhir sebelum melangkah kaki keluar rumah ialah menggunakan Face Defense SPF 15. Seperti biasa, sapu ke seluruh muka bagi menghalang sinaran matahari yang menyebabkan kerosakan kulit.

Lakukan langkah ringkas tersebut setiap hari, maka anda mungkin akan menerima perubahan tekstur kulit.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: