Monday, July 19, 2010

Sultan Kelantan mampu pulih sepenuhnya


KERATAN Kosmo! 16 Julai 2010.


KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra selamat menjalani prosedur rawatan jantung, angiogram dan angioplasty di Hospital Mount Elizabeth, Singapura kelmarin.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, ketika ini baginda masih menerima rawatan daripada pakar-pakar perubatan di hospital tersebut.

Angiogram merupakan satu teknik pemeriksaan X-Ray bagi membolehkan doktor melihat saluran darah serta perjalanan darah ke jantung.

Angioplasty pula merupakan satu teknik untuk membesarkan salur darah yang kecil atau tersekat secara mekanikal.

"Syukur Alhamdulillah, baginda selamat menjalani prosedur angiogram dan angioplasty kelmarin," kata Abdul Halim dalam satu kenyataan di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: