SABAK BERNAM - Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mencabar kerajaan negeri menyerahkan Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) kepada Barisan Nasional (BN) jika tidak mampu lagi menguruskan institut itu.
Mohamad Khir berkata, beliau difahamkan kerajaan negeri bertindak menutup operasi IKYS bernilai RM20 juta yang ditubuhkan pada tahun 2000 kerana institut kemahiran itu dilihat tidak mendatangkan keuntungan.
"Kalau mereka tidak mampu untuk menanggung kos penyelenggaraan sebanyak RM60,000 sebulan atau RM720,000 setahun, saya minta serah sahaja bangunan IKYS dan tanah kepada BN, biar kita uruskan," katanya kepada pemberita di sini semalam.
ra. Sehingga kini, seramai 251 termasuk 78 pelajar baru sedang mengikuti kursus di institut milik kerajaan negeri di bawah Yayasan Selangor.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: