![]() |
| Tiga daripada sembilan tong minyak syabu yang dirampas di Sri Hartamas Khamis lalu. |
KUALA LUMPUR - Bau busuk bahan kimia dari sebuah town house mewah yang disewa pasangan suami isteri warga Iran di Sri Hartamas dekat sini terbongkar rahsianya apabila rumah itu diserbu Khamis lalu.
Rumah tersebut rupa-rupanya dijadikan makmal memproses dadah syabu oleh pasangan itu dan seorang lagi rakan senegara mereka sejak tujuh bulan lalu.
Kegiatan ketiga-tiga suspek itu dipercayai bermula pada Disember tahun lalu dan sejak itu penghuni di kawasan perumahan tersebut terpaksa hidup dalam keadaan memendam rasa.
Rahsia rumah itu terbongkar apabila ejen hartanah yang pergi ke rumah tersebut untuk meminta sewa tertunggak sejak beberapa bulan lalu membuat laporan polis apabila dia terhidu bau tidak menyenangkan dari dalam rumah itu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, ekoran aduan itu, polis Brickfields telah membuat siasatan dan intipan berhubung penyewa unit kondominium yang mengeluarkan bau busuk.
"Polis pada Khamis lalu menahan seorang lelaki Iran berumur 39 tahun pada pukul 8.50 malam di sebuah restoran makanan segera di Jalan Prima, Kepong," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: