Tuesday, July 27, 2010

Dua 'Perogol Ampang' didakwa


KWONG MUN (depan) dan Aidil dibawa ke Mahkamah Sesyen Ampang semalam atas tuduhan merogol gadis bawah umur.


AMPANG - Dua lelaki yang diberi gelaran 'Perogol Ampang' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dakwaan merogol gadis-gadis bawah umur sejak Ogos tahun lalu hingga Julai baru-baru ini.

Tertuduh Aidil Rashid, 34, dan Lee Kwong Mun, 36, kedua-duanya berasal dari Lembah Jaya di sini bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan-pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.

Aidil, seorang kerani penghantar surat, didakwa dengan tiga pertuduhan merogol tiga gadis bawah umur masing-masing berusia 14, 13 dan 12 tahun.

Semua kejadian rogol yang dilakukan Aidil didakwa berlaku di sebuah rumah di Pangsapuri Taman Industri, Lembah Jaya di sini antara Mei hingga Julai tahun ini.

Kwong Mun pula didakwa dengan dua tuduhan merogol dua orang gadis bawah umur masing-masing berusia 13 tahun dan 14 tahun antara Ogos tahun lalu dan Jun tahun ini.

Kedua-dua kejadian didakwa dilakukan oleh Kwong Mun, seorang penarik kereta, di sebuah rumah di Pangsapuri Taman Industri iaitu flat sama yang menjadi tempat tinggal Aidil.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: