
AHAD lalu, musibah yang menimpa juara MyStarz LG musim ketiga, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 25, dipukul beberapa lelaki di Damansara Utama, Selangor, sepatutnya tidak berlaku kerana orang Melayu dikatakan kaya budi bahasa.
Bagaimanalah keadaannya, seorang wanita genit seperti Tom diterajang dan tapak kasut singgah ke mukanya tanpa sempat mengelak atau mempertahankan diri.
Itu tidak termasuk dengan tumbukan di belakang dan perut berkali-kali. Sungguhpun jika itu tanda amaran atau lepas geram kerana kebiadapan yang telah dilakukan, dayusnya kumpulan lelaki-lelaki itu kerana berpakat menyerang seorang wanita yang lemah.
Sepintas lalu, itu perbuatan di luar batas siuman sedangkan si wanita yang dikatakan 'mangsa' perbuatan Tom sendiri, meraung-raung dan memeluk Tom demi menghalang perbuatan membela dirinya itu daripada berterusan memudaratkan keselamatan Tom.
Dramatik dan penuh tragedi, tetapi itulah yang berlaku kepada Tom serta beberapa temannya. Mulanya pertemuan itu dirancang untuk memulihkan perselisihan faham tetapi berakhir di balai polis.
Sensasi Bintang: Musibah yang menimpa Tom dikatakan berpunca daripada perbuatan Tom sendiri yang menjalin hubungan cinta dengan suami orang, iaitu Mohd. Ferdzaus Jamil, 25, suami kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Ayin, 23?
TOM: Saya menafikan perkara itu. Memang saya pernah bercinta dengan Ferdzaus, tapi itu dulu. Sekarang kami tiada hubungan istimewa selain berkawan baik.
Bila Ferdzaus dan isterinya, Ayin meminta bantuan dan tiada tempat tinggal, saya menolong dan menumpangkan mereka sepanjang mereka di Kuala Lumpur, sejak hampir sebulan lalu.
Bagaimana dengan kesahihan Tom didakwa melakukan hubungan seks dengan Ferdzaus dan pernah memukul Ayin ketika dia sarat mengandung?
Tentang kisah berasmara dengan Ferdzaus, saya tahu itu cerita yang keluar daripada Ayin, dia mengaku ada menghantar SMS kepada seseorang.
Mereka selalu bergaduh sejak dari kampung, apabila datang ke rumah saya, dia cemburu kerana tahu saya dan suaminya pernah bercinta tetapi lama-lama barulah dia faham.
![]() |
| KESAN cedera pada wajah Tom selepas insiden dibelasah Ahad lalu. |
Saya yang hantar Ayin ke hospital ketika dia hendak bersalin beberapa minggu lalu, saya sendiri pernah berkahwin, mengandung dan bersalin, takkan saya sanggup buat begitu kepada isteri kawan saya.
Saya tidak akan tergamak berasmara depan mata orang, apatah lagi depan isteri kepada lelaki yang didakwa ada hubungan dengan saya.
Tom sendiri, heboh dengan kisah bercerai ketika baru menjuarai MyStarz LG, dan sekarang, timbul pula cerita perosak rumah tangga orang dan dimalukan di khalayak ramai? Apa perasaan Tom?
Dulu saya bercerai sebab orang ketiga, sebenarnya saya masih dalam edah kerana baru bercerai secara rasmi April lalu. Saya anggap ini cabaran yang sangat besar.
Dulu orang tidak kenal saya, tapi sekarang dikenali pula dengan cerita begini. Siapa yang mahu hidupnya begini. Malu dan sedih tidak tergambar lagi.
Bila berjalan ada mata yang memandang seperti hendak menelan tubuh saya ini. Hendak menangis pun sudah tiada air mata tetapi saya tidak takut kerana yakin berada di pihak yang benar.
Selepas kejadian itu, Tom masih berhubung dengan Ayin dan Ferdzaus?
Ferdzaus kini menumpang di rumah seorang kawan di Damansara, dia sudah tidak tinggal bersama saya sebab isteri dan bayinya sudah dibawa pulang oleh keluarga mereka tetapi sampai sekarang dia tidak tahu di mana isterinya berada.
Apa perkembangan terbaru memandangkan laporan polis sudah dibuat?
Saya tidak berniat untuk memanjangkan cerita tetapi pihak yang satu lagi nampaknya belum mahu berhenti.
Sekarang keluarga saya pula sudah masuk campur dan mereka tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas.
Saya tidak pernah menyalahkan Ferdzaus dan Ayin tetapi apa yang dilakukan oleh keluarga mereka, tidak akan saya maafkan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: