Saturday, July 10, 2010

Samun bank guna pistol mainan


KOK CHIN berdiri di dalam longkang yang terdapat pistol mainan (dalam bulatan) yang digunakan seorang lelaki untuk menyamun sebuah bank di Puchong semalam.


PUCHONG - Seorang penyamun yang hanya bersenjatakan sepucuk pistol mainan melarikan wang tunai RM36,000 dalam satu kejadian samun di EON Bank, Jalan Kenari dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 3.49 petang itu, suspek yang datang seorang diri telah melompat masuk ke dalam kaunter bank berkenaan lalu mengacukan sepucuk pistol sebelum merampas senapang yang dipegang pengawal berkenaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Khaw Kok Chin ketika ditemui berkata, suspek bertindak melakukan samun itu dengan begitu pantas sebelum melarikan diri.

"Suspek yang memakai penutup mulut, bersarung tangan dan bertopi telah lompat ke dalam kaunter dan mengacukan sepucuk pistol ke arah seorang pengawal keselamatan.

"Dia kemudian merampas senapang pengawal tersebut dan mengarahkan seorang pekerja bank itu memasukkan duit dalam beg yang dibawa," katanya.

Selepas mengambil wang itu, suspek terus melarikan diri dan meninggalkan senapang milik pengawal di hadapan pintu bank.

Ketika melarikan diri, pengawal keselamatan bank segera mengambil senapang yang ditinggalkan itu dan melepaskan satu das tembakan ke arah suspek tetapi tidak mengena.

"Dalam masa satu minit dia dapat duit itu dan melarikan diri," katanya.

Kira-kira 20 meter dari tempat kejadian, suspek telah membuang sepucuk pistol mainan yang digunakan dalam kejadian tersebut ke dalam longkang dan melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan warna putih yang sedang menunggunya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: