|
|
KUALA LUMPUR - "Saya dah serik pakai alat ganti tiruan. Disebabkan guna barang yang murah, nyawa saya hampir melayang."
Demikian kata seorang pemilik kenderaan yang hanya mahu dikenali sebagai Halim apabila dia hampir-hampir terlibat dalam kemalangan apabila tayar tiruan baru yang dibeli meletup.
Kejadian itu berlaku hanya dua minggu selepas Halim membeli tayar tersebut di sebuah kedai tayar di Klang.
"Masa itu saya dalam perjalanan ke Klang. Saya perasan ada kereta di belakang memberikan isyarat lampu tinggi tetapi saya diam saja.
"Tiba-tiba kereta saya hilang kawalan hingga hampir terbabas. Bila saya berhenti dan periksa, tayar itu sebenarnya disalut supaya nampak baru dan akhirnya pecah," katanya ketika ditemui di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: