JERLUN - Kegiatan jenayah yang mendatangkan untung berlipat kali ganda memang tidak pernah menginsafkan pelakunya biarpun telah beberapa kali diserbu polis.
Terbaru, polis menahan tiga lelaki bersaudara yang aktif menjual air daun ketum dengan menjadikan rumah masing-masing sebagai markas memproses bahan tersebut.
Serbuan pukul 12.30 tengah hari di Kampung Tandop Kedabu, Kuala Jerlun di sini semalam itu dilakukan selepas polis menjalankan risikan serta intipan.
Difahamkan, salah seorang suspek berusia 20 tahun yang ditahan itu mewarisi perniagaan tersebut daripada bapanya berusia dalam lingkungan 60-an.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: