Monday, July 26, 2010

Pesona rambut Franch Oil


HARGA yang berpatutan membuatkan anda berpuas hati dengan produk Franch Oil.


TIDAK kira sama ada anda individu yang bertudung atau tidak, penjagaan rambut perlu dititikberatkan kaum wanita. Dulu, rata-rata wanita bertudung kerap mengabaikan penjagaan kerana pelbagai alasan.

Mereka sering kali berpendapat bahawa tekstur rambut merupakan penjagaan yang terakhir dengan mendahulukan penjagaan wajah dan badan.

Lagipun, rambut tidak perlu dihias cantik dan rapi kerana boleh dilindungi apabila mengenakan tudung.

Bagaimanapun, pendapat sebegitu sebenarnya tidak benar sama sekali. Ini kerana setiap helaian rambut dan kulit kepala memerlukan perhatian sama seperti penjagaan bahagian badan yang lain.

Malah ironinya, kepala yang sering dilitupi tudung turut berpotensi untuk menimbulkan kerosakan. Keadaan bertambah teruk selepas menyuci rambut.

"Segelintir wanita, selepas mencuci rambut mereka tidak mengeringkan rambut terlebih dahulu sebelum memakai tudung. Faktor ini akan menyebabkan berlaku kerosakan rambut.

"Selain itu, bagi wanita yang kerap menggunakan pengering rambut, ia akan mudah menyebabkab rambut bercabang, kurang lembapan dan kurang sihat," terang Eksekutif Pemasaran Jenama Rayson Health Products Sdn. Bhd., Maria Natasha.

Menyedari permasalahan itu, produk berasaskan herba dan ramuan tradisional, Franch Oil mengambil pendekatan untuk memberi terapi mudah kepada kaum wanita.

Ia boleh dilakukan di rumah sahaja, manakala masalah rambut yang anda hadapi sebelum ini seperti rambut gugur, kelemumur, kurang lembut dan kilauan mampu diatasi.

Paling penting anda tidak perlu mengeluarkan belanja besar bagi memiliki rambut sihat dan menawan.

"Bagi Franch Herbal Hair Oil 100 mililiter (ml) ia dijual pada harga RM5.90 manakala untuk botol 200 ml pula RM9.90. Franch Herbal Conditioning Shampoo 200 ml boleh didapati pada harga RM7.20 dan 400 ml, RM 12.90," kata Maria.

Menariknya, produk penjagaan rambut Franch Oil didatangkan dengan terapi pra-cuci. Sebelum rambut dibasuh dengan syampu, anda perlu membelainya dengan menggunakan Franch Herbal Hair Oil terlebih dahulu.


RAMBUT lebih bermaya setelah menggunakan set penjagaan rambut Franch Oil.


Didatangkan dengan empat pilihan minyak rambut antaranya Almond, Aloe Vera, Coconut dan Amla, kesemuanya mempunyai kelebihan tersendiri bergantung kepada masalah rambut yang anda hadapi.

"Minyak rambut ini didatangkan berdasarkan permintaan orang ramai. Keselesaan apabila dipakai pastinya terjamin kerana minyak rambut tidak akan melekit seperti minyak rambut lain," jelasnya.

Minyak rambut unik ini, diformulasikan khusus untuk mempercepatkan proses penyerapan minyak ke dalam kulit kepala.

Selepas 20 minit mengaplikasinya anda boleh mencuci rambut dengan Franch Herbal Shampoo sama ada ramuan Aloe Vera atau Shikakai.

"Selepas sebulan anda mengamalkan rawatan ini, masalah rambut bercabang dan tidak sihat akan dapat diatasi," ungkap Maria.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: