Friday, July 9, 2010

Persiapan lebaran Takzim Textile


TAKZIM Textile mempunyai empat cawangan di seluruh negara termasuk di Shah Alam.


MENYEDARI bulan Ramadan menjelang tidak lama lagi, gedung Takzim Textile menawarkan Jualan Raya 2010 Takzim Textile secara besar-besaran. Ia seolah-olah membuka peluang keemasan kepada pelanggan bagi mendapatkan koleksi fabrik terbaik pada hari lebaran.

Tanpa perlu menunggu bulan puasa jualan raya tersebut sudah pun berlangsung di semua cawangan termasuklah di butik Takzim Textile yang baru memulakan operasi di Tesco Rawang, Selangor.

Ini diakui oleh Pengarah Takzim Textile, Mohd. Shariff Shamsudeen. Menurut beliau mulai hari ini orang ramai boleh membeli kain pilihan untuk digayakan pada hari raya yang dijual pada harga berpatutan.

"Kemeriahan jualan raya pada tahun ini dijangka bertambah meriah selepas pelancaran cawangan Takzim Textile di Tesco Rawang. Cawangan yang dibuka sejak enam bulan lalu menunjukkan prestasi yang membanggakan dan berjaya menambat hati pelanggan.

"Menariknya, Takzim Textile di Tesco Rawang bukan sahaja menerima kunjungan daripada penduduk setempat malah turut dikunjungi pelanggan dari Tanjung Malim dan Selayang," ujar Shariff yang menyatakan Takzim Textile cukup mementingkan kain berkualiti.

Pada tahun ini Takzim Textile menampilkan seleksi fabrik berjenama seperti kain kapas, kain sutera dan sifon yang sesuai dengan cuaca panas dan lembap di Malaysia serta tidak perlu digosok. Dalam pada itu, syarikat terbabit turut menawarkan fabrik valentine dan chiffon rainbow yang diimport khas dari Itali.

Fabrik baju Melayu yang berkualiti dijual serendah RM36 semeter dan koleksi baju kurung siap jenis biasa dan Pahang serta tudung keluaran Akar.

Selain koleksi fabrik dan pakaian menawan, pengunjung juga berpeluang membeli himpunan langsir sempena Jualan Raya 2010 Takzim Textile. Kain langsir cetakan digital konsep ala Inggeris antara koleksi yang tidak harus dilepaskan.

Rekaan koleksi berkenaan sering mendapat perhatian ramai kerana corak, warna dan kualitinya yang bermutu tinggi. Bagi mereka yang sedang mencari kedai untuk menempah langsir, usah bimbang kerana anda boleh menempah langsir pilihan di Takzim Textile.

Bayaran ansuran

Pelanggan hanya perlu membuat bayaran ansuran deposit, bayaran kedua dan bayaran penuh semasa mengambil tempahan berkenaan.

Dalam pada itu kepada orang ramai yang berminat untuk berniaga sepanjang Ramadan ini, anda dialu-alukan membeli produk Takzim Textile secara borong di cawangan Rawang dan Shah Alam. Di kedua-dua buah cawangan itu, pelanggan berpeluang berbincang mengenai kuantiti, harga dan stok yang masih ada.


PEMBUKAAN Takzim Textile di Rawang memberi pilihan kepada penduduk setempat di sekitar Tanjung Malim dan Selayang.


Sementara itu, Takzim Textile turut mengambil pendekatan menarik menggunakan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) untuk mendekatkan diri dengan para pelanggan serta memudahkan penyampaian maklumat tentang sebarang aktiviti terbaru dari semasa ke semasa.

Jelas Syariff, menerusi SMS secara automatik pelanggan memperoleh kad keahlian Takzim. Caranya dengan menjadikan nombor telefon bimbit pelanggan sebagai nombor keahlian berbanding mengisi butiran di borang penyertaan.

"Sistem sebegini memudahkan ahli mendapat informasi lebih awal tentang sebarang tawaran terbaru dan jualan terkini," tambah Syariff.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: