Wednesday, July 21, 2010

Perompak guna bunga sebagai senjata


GAMBAR menunjukkan wajah suspek perompak yang menggunakan jambangan bunga sebagai senjata.


CHELSEA - Polis di Amerika Syarikat (AS) kini menyiasat seorang perompak romantik yang menggunakan jambangan bunga berwarna-warni sebagai senjata untuk merompak bank, lapor sebuah akhbar semalam.

Pada Khamis lalu, perompak itu yang memakai seluar jean, baju-T biru dan tidak bertopeng memasuki sebuah bank di sini sambil membawa sejambak bunga pelbagai warna pada waktu pagi.

Semasa gilirannya berjumpa dengan kerani kaunter bank berkenaan, lelaki tersebut memegang jambangan bunga itu yang mengandungi sekeping nota: "Serahkan semua wang kertas seratus dan lima puluh, jangan cuba untuk menjadi wira".

Setelah menyamun AS$440 (RM1,419), dia meletakkan bunga tersebut di kaunter juruwang dan melarikan diri.

Jambangan tersebut yang mengandungi bunga kekwa kuning, daisi merah dan oren dan beberapa bunga lain kini diperiksa oleh pasukan forensik polis.

Seminggu sebelum itu, suspek yang menggunakan taktik serupa merompak AS$2,325 (RM7,499) dari sebuah lagi bank.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: