|
|
MOSCOW - Pengunjung-pengunjung sebuah pantai di selatan Rusia terkejut apabila mereka melihat seekor keldai terjun dengan menggunakan payung terjun pada minggu lalu, kata polis semalam.
Haiwan itu kelihatan ketakutan semasa ia hendak mendarat di sebuah pantai di kampung Cossack.
Menurut seorang jurucakap polis, haiwan itu sebenarnya melakukan aksi pada satu kempen iklan yang dibiayai beberapa ahli perniagaan untuk menarik kehadiran orang ramai ke pantai berkenaan.
Namun, ia kini menjadi satu siasatan polis selepas gambar keldai itu disiarkan media yang mengkritik penggunaan haiwan tersebut.
Akhbar Taman melaporkan bahawa kanak-kanak di pantai itu menangis dan bertanya kepada ibu bapa mereka kenapa keldai tersebut diikat pada payung terjun.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: