Thursday, July 8, 2010

Perjumpaan semula Destiny’s Child

Empat bulan yang lepas, ada desas-desus menyatakan bahawa Destinay’s Child akan bergabung semula dalam menerbitkan single sekali gus konsert kerana sudah sekian lama tidak beraksi di pentas seni sebagai satu kumpulan.

Namun, Matthew Knowles, bapa kepada Beyonce membuat kenyataan bahawa berita itu hanyalah khabar angin.

“Hingga ke saat ini Destiny’s Child tidak ada perancangan bergabung dan berjumpa semula untuk membuat persembahan apatah lagi album.

"Ingin dinyatakan bahawa khabar angin itu adalah tidak benar sama sekali,” katanya tegas.

Suatu masa dulu Destiny’s Child pernah memberikan impak yang besar dalam kemajuan muzik kontemporari dan menjadi salah-satu kumpulan wanita yang terlaris.

Apa yang pasti kini, Beyonce, Kelly Rowland dan Michelle Williams mempunyai tanggungjawab untuk meneruskan kerjaya solonya.

Hingga kini hubungan mereka kekal rapat, cuma untuk bergabung semula menjadi satu kumpulan itu tidak akan menjadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: