KUALA LUMPUR - Ekoran perintah mahkamah mengarahkan kira-kira 70 penghuni wanita Rumah Titian Kasih (RTK) mengosongkan premis di Persiaran Titiwangsa di sini, kini mereka berhadapan masalah tempat tinggal yang sempit.
Penghuni wanita yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa dera dan rogol serta kanak-kanak yatim piatu termasuk kanak-kanak cacat akan berhimpit-himpit bersama 45 penghuni lelaki di sebuah lagi RTK berdekatan.
Pengusahanya, Syarifah Adlan berkata, setelah 12 tahun mengusahakan RTK, beliau kini berasa amat sedih kerana terpaksa keluar daripada salah sebuah pusat perlindungannya.
"Setakat penyediaan makan minum kepada warga RTK tidak menjadi masalah tetapi perkara utama ialah penyediaan tempat tinggal yang selesa.
"Bagaimanapun, saya yakin jika JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) mampu menyediakan tempat tinggal yang selesa kepada anak-anak RTK saya akan izinkan," katanya kepada pemberita di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: