Friday, July 16, 2010

Padah kritik PM Thai


WITTHAWAT (tengah) bergambar bersama bapa dan ibunya pada sidang akhbar penarikan dirinya di sebuah hotel di Bangkok kelmarin.


BANGKOK - Seorang peserta program realiti televisyen di Thailand, Academy Fantasia, Witthawat Thaokhamlue kelmarin menarik diri selepas mengkritik Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva di laman sosial Facebook.

"Saya berasa kesal kerana melakukan perbuatan buruk yang telah saya lakukan. Namun, saya mengaku saya melakukan perbuatan tersebut (mengkritik Abhisit) kerana saya masih berfikir seperti seorang remaja," katanya pada sidang akhbar di Bangkok.

Dia yang berumur 17 tahun turut meminta maaf kepada Abhisit.Pada Sabtu lalu, semasa skandal itu memuncak, ibu bapa peserta tersebut meminta penerbit program berkenaan membenarkan anak mereka tidak membuat persembahan.

Menurut ibu bapa remaja itu, mereka tidak mahu Witthawat terlibat dalam sebarang konflik politik.

Seorang peminat program itu, Wilailak Jangjaicharoen, 27, berkata, ramai rakannya mengundi untuk peserta tersebut selepas dia dikritik oleh penyokong prokerajaan di Internet.

"Mereka (pengundi Witthawat) berasa simpati dan tidak memahami kenapa orang lain tidak boleh bertolak ansur tentang perbezaan pendapat di dalam masyarakat," katanya.

Witthawat akan muncul bersama 11 peserta pada konsert akademi itu buat kali terakhir pada Sabtu ini sebelum dia menarik diri.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: