Friday, July 16, 2010

Bayi 9 bulan diikat hingga mati


SEBUAH akhbar semalam menyiarkan gambar seorang pegawai polis menunjukkan gambar bayi yang didera, Jodi Sabrina di sebuah pejabat polis di Surabaya.


SURABAYA - Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di Indonesia, Jodi Sabrina meninggal dunia dipercayai akibat didera dengan kejam, lapor sebuah akhbar semalam.

Bayi berkenaan, Jodi Sabrina, yang merupakan anak luar nikah, mati selepas diikat dengan menggunakan tali rafia oleh ibu saudaranya, Vony Maryana Pengadi yang berumur 38 tahun.

Mangsa diikat mulai dari hujung kaki dan tali itu dililit sampai ke tangannya.

Wanita tersebut memberi alasan bahawa jika dia tidak diikat, bayi itu tersebut akan menjadi nakal.

Dalam keterangannya kepada polis Vony mengaku perbuatan tersebut dilakukan sejak bayi berkenaan berusia enam bulan.

Wanita itu yang menjaga bayi berkenaan setiap hari merupakan suspek kes tersebut.

"Ya, saya ikat (mangsa) kalau saya keluar membeli barang atau memasak. Saya takut kalau dia jatuh dari kerusi atau dihempap televisyen," ujar Vony semasa disoal siasat di sebuah balai polis di bandar ini semalam.

Menurutnya, dia berhenti mengikat Jodi sejak beberapa bulan lalu.

Namun, Vony kembali mengikat bayi tersebut setelah anak kandungnya bersekolah tadika di sini sejak Isnin lalu.

Kelmarin, sebelum menghantar anaknya ke sebuah sekolah, wanita itu mengikat tubuh Jodi dan meletakkan bayi itu ke dalam bilik di rumahnya.

Kemudian, sekitar pukul 2 petang waktu tempatan, Vony bersama anaknya pulang ke rumah dan melihat Jodi menangis.

Sebagai usaha untuk memujuk bayi itu supaya diam, dia memberikannya susu tetapi Jodi masih menangis.

Tidak tahan mendengar tangisan budak itu, Vony memukul kepala dan pinggang mangsa untuk mendiamkannya.

Mangsa tetap menangis dan tangisannya berlarutan hingga waktu malam.

Wanita itu pula berulang kali memukul mangsa agar bayi berkenaan berhenti menangis.

Tangisan Jodi itu didengari Yudi Susanto iaitu suami Vony yang berada di kamar bersama anak kandungnya, Selbi.

Yudi seterusnya membawa mangsa ke sebuah hospital berdekatan dengan menaiki sebuah motosikal.

Namun, setibanya di hospital, bayi itu sudah tak bernyawa lagi dan jenazahnya dihantar polis untuk dibedah siasat.

"Saya tidak ingat berapa kali saya pukul (mangsa). Wajahnya yang lebam itu kerana terjatuh di bilik mandi. Mungkin juga dia terjatuh ketika diikat," kata Vony.

Tubuh bayi tersebut terdapat luka, lebam kepala kanan dan kiri, terdapat bekas ikatan tali di kepala, lebam di paha kanan, cedera di tulang rusuk kiri dan melecet di bawah kemaluan.

Sementara itu, bayi tersebut bukan anak kandung pasangan Vony dan Yudi Susanto.

Sebaliknya Jodi dilahirkan oleh anak saudara Yudi, Sabrina, 17, setelah dia hamil tanpa dapat dipastikan identiti bapa bayi tersebut.

Sabrina melahirkan Jodi semasa dia masih seorang pelajar sekolah menengah.

Setelah dua hari dilahirkan, bayi itu diserahkan kepada bapa saudaranya.

Isterinya, Vony menjaga bayi itu sehingga usianya mencecah sembilan bulan.

Vony mengaku dia tidak berniat membunuh atau menganiaya Jodi.

Alasannya, Vony mengaku bahawa dia sayangkan bayi tersebut.

"Saya menyesal dan tidak ada niat untuk menganiayanya. Saya mengasuhnya dan anak saya bermain dengannya. Dia luka-luka kerana terjatuh dari kamar mandi,"

ujar Vony.

Di sebalik pengakuannya itu, polis menahan Vony sebagai suspek kes itu dan dia akan didakwa melakukan penderaan.

Suspek juga akan didakwa kerana lalai menjaga kanak-kanak sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.

13 comments:

  1. kurang ajar punyer orang... mampus lagi baik tau...

    ReplyDelete
  2. MMG XGUNA...nama je ibu..tp sanggup bayi xberdosa...baik ko xjd seorg ibu..hina sungguh

    ReplyDelete
  3. bab* pnye olang..lu ingt lu sape nk buang2 bayi..kesian..

    ReplyDelete
  4. masyarakat melayu yang patut di salah... korang fikir2 lah sendiri... malas aku nak cerita dah!

    ReplyDelete
  5. ASTAGHFIRULLAHALAZIM..SEDIHNYE..SAMPAI HATI DIE BUAT MCM TU..SEMOGA DIE MENDAPAT BALASAN YG SETIMPAL ATS PERBUATANNYA KPD BAYI YG TIDAK BERDOSA TU..AMIN..

    ReplyDelete
  6. ulama2 patut tumpu kepada masalah kenapa ramai gadis melayu buat macam ini, ini dok sibuk hal jersi!

    ReplyDelete
  7. woi2..ko neyh bengap kew hapa..neyh mesti xpenah tgk forum agama en..semua bnde ulama amek berat ar..ko tu yg x alert..dasar bengap..

    ReplyDelete
  8. teruknya..sanggup dia buat begitu..kalau ye taknak bagi lah pada sesiapa cara perlindungan yang selamat..haih, tah hape punya perasaan..binatang agaknya

    ReplyDelete
  9. u better get death sentence and go to hell for your brutal sadist action.

    ReplyDelete
  10. sesetengah masyarakat kita masih malu nak jumpa dengan kaunselor bercakap ttg masalah ni. padahal kaunselor-kaunselor ni bukannya org sebarangan. mereka org bijak yg bersikap professional. kalo kita jumpa diaorg mintak pandangan, diaorg akan tolg punya. tpi seperti yg saya cakap, kita masih malu nak jumpa kaunselor. mungkin juga disebabkan kesibukan yg tak habis-habis. dan mungkin juga disebabkan pendedahan yg kurang terhadap fungsi kaunselor dinegara kita ni..

    ReplyDelete
  11. aku xpaham la kenapa manusia skang ni mcm BA** ba** pun pndai syg anak..sakit jiwa betul aku dgn cite2 cmni..xkan la bangang sgt smpai x tau yg budak tu masih BAYI!??? aku benci betine ni arhH!!!

    ReplyDelete
  12. benggong!bengap!bangang sume ada kat betina ni!!!!

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: