Malah artis era 1970-an banyak merakam lagu pop yang ada sentuhan dangdut. Tapi lagu-lagu mereka tetap dikategori sebagai lagu pop. Datuk Sharifah Aini, Azlina Aziz, Fauziah Ahmad Daud, Jay Jay, Datuk D. J. Dave, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Sudirman tidak diklasifikasikan sebagai penyanyi dangdut, namun ada lagu rakaman terdahulu mereka yang memiliki sentuhan dangdut. Tak percaya? Kalau tak percaya, anda harus dengar himpunan lagu-lagu mereka dalam album kompilasi Ala Ala Dangdut terbitan Warner Music. Antara lagu yang dimuatkan di dalam album ini ialah Mawar Bukan Milikku (Razis Ismail), Bungaku (Othman Hamzah), Kau Pergi Tanpa Pesan (Sharifah Aini), Pandang Boleh Saja (Azlina Aziz), Dikau Kekasih (Sudirman), Hentikan Fitnahmu (Carefree) dan Kerana Kau (Sanisah Huri). Ada juga lagu-lagu Walau Berpisah Kasih Tak Berubah (Noorkumalasari), Hatiku Padamu (Azlina), Buah Hati Kekasih Orang (Azean Irdawaty), Kisah Masa Lalu (Rosemaria), Mengapa Aku Disalahkan (Khadijah), Dangdut Kelantan (Dave), Kalau Berkalau (Anita Sarawak) dan Aku Milikmu (Herman Tino). Apabila sebut album dangdut tak sah kalau tak dimuatkan lagu-lagu dangdut asli nyanyian Amelina, Sheeda, Mas Idayu dan Iwan. Beberapa lagu nyanyian mereka juga dimuatkan di dalam album yang memuatkan 36 buah lagu itu. Jadi bagi peminat lagu-lagu Melayu yang berlenggok ala-ala dangdut boleh memiliki album ini sebagai kenang-kenangan. | Irama dangdut sememangnya dekat dengan orang Malaysia kerana telah lama dipengaruhi muzik dari India dan Indonesia.
Thursday, July 8, 2010
Nostalgia dangdut dulu-dulu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: